Sunday 13 September 2015

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 SK Asyakirin

Calon-calon UPSR SK Asyakirin khusyuk mendengar tips yang diberikan oleh Cikgu Wee dan Cikgu Dayang Norasmah untuk menjawab soalan


Guru-guru Tahun Enam yang turun bersama-sama memberi sokongan kepada semua calon
YDP PIBG, Encik Johan turut hadir pada hari Khamis (10 Oktober) untuk memberikan kata-kata perangsang kepada calon-calon UPSR

Antara ibu bapa yang hadir untuk menemani anak-anak

Terima kasih diucapkan kepada Encik Johan atas kesudian meluangkan masa bersama calon-calon UPSR SK Asyakirin
UPSR yang telah berlangsung bermula 8 hingga 10 Oktober 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Seramai 185 calon yang telah menduduki UPSR di SK Asyakirin. Kini, hanya keputusan yang dinanti-nantikan oleh murid-murid, guru dan ibu bapa. Setiap individu telah memainkan peranannya dan apa jua keputusan nanti perlu diterima dengan hati terbuka. Semoga SK Asyakirin memperoleh keputusan yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Semoga titipan doa akan berterusan hingga keputusan diperolehi.

Printfriendly