Monday 10 August 2015

Majlis Semekar Budi Sejambak Memori SK Asyakirin

Guru Besar yang diraikan En. Senusi bin Haji Shahrani
Satu program bersejarah iaitu Majlis Semekar Budi Sejambak Memori SK Asyakirin telah diadakan pada 7 Ogos 2015. Majlis ini meraikan persaraan Guru besar yang dikasihi iaitu En. Senusi bin Haji Shahrani, yang telah mencapai umur 60 tahun. Program yang pertama seumpama ini telah  dijalankan dengan penuh meriah.  Beliau tiba di perkarangan sekolah disambut murid, guru dan ibu bapa, di mana beliau dibawa masuk ke sekolah menggunakan kereta berhias.

En. Senusi diusung dengan kereta berhias
En. Senusi mengisi kehadiran buat kali terakhir
Pentas dengan tempat duduk khas untuk guru besar
Amanat akhir Guru Besar
Guru Besar Bersama YDP, NYDP dan Bendahari Kehormat PIBG SK Asyakirin
PIBG bersama Penolong Kanan
Sesi Bersalaman
Meraikan Hari Lahir bersama Guru dan Staf
Majlis diisi dengan ucapan penghargaan daripada pihak sekolah, wakil dan PIBG. En. Senusi turut memberi amanat akhir beliau kepada semua hadirin, khas ditujukan kepada warga pendidik, ibu bapa dan juga murid. Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman dengan semua hadirin.  PIBG SK Asyakirin mengucapkan Selamat Persaraan dan Selamat Maju Jaya kepada En. Senusi bin Haji Shahrani.  

Printfriendly