Tuesday 10 February 2015

PROJEK CSR INSTITUT KEMAHIRAN MARA BINTULU BERSAMA PIBG SK ASYAKIRIN 2015

Peserta Program CSR IKM-PIBG SK Asyakirin
Tarikh 7 Februari 2015 merupakan satu tarikh penting bagi SK Asyakirin di mana tiga program telah berjalan serentak di sekolah iaitu:

1) Program CSR Institut Kemahiran MARA Bintulu dengan KSIB, PIBG SK Asyakirin
2) Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB PIBG SK Asyakirin)
3) Program Kelas Ceria (bersama Ibu Bapa SK Asyakirin)

Satu majlis ringkas telah diadakan pada pagi 7 Februari 2015 untuk meraikan kedatangan seramai lebih kurang 30 pelajar IKM dan pensyarah dan juga merasmikan KSIB PIBG SK Asyakirin. Tetamu Kehormat iaitu En. Lau Siong Lee (Pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah PPD Bintulu) telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut.

Ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Johan B. Ismail.
Ucapan oleh Ketua KSIB PIBG SK Asyakirin, En. Zaidi Masoud
Ucapan oleh Encik Lau Siong Lee
Encik Lau Siong Lee menyempurnakan simbolik perasmian perasmian KSIB PIBG 
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada wakil daripada IKM Bintulu
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada En. Lau Siong Lee
Program CSR IKM-PIBG SK Asyakirin bertumpu kepada kerja baik pulih kerusi dan meja kelas yang banyak rosak sehingga menyebabkan kekurangan kerusi untuk murid. Program bermula jam 8.30 pagi selepas majlis perasmian.  Sementara itu, Projek Kelas Ceria turut berlangsung di mana ibu bapa dan guru kelas masing-masing menjalankan kerja menceriakan kelas murid.
Aktiviti gotong-royong membaiki kerusi dan meja oleh pelatih-pelatih IKM
Ibu bapa turut hadir membantu guru menceriakan kelas
Ibu bapa membalut meja murid-murid menggunakan plastik







Pihak sekolah serta PIBG SK Asyakirin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak IKM Bintulu yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk membaiki kerusi dan meja murid-murid yang rosak. Diharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Printfriendly