Thursday 5 March 2015

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin kali ke 7 Tahun 2015

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin kali ke 7 Tahun 2015 telah diadakan pada 28 Februari 2015, Hari Sabtu. Pendaftaran kepada ibu bapa bermula seawal jam 7.45 pagi.  Mesyuarat bermula tepat jam 8.30 am. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan En. Johan bin Ismail, Yang Di Pertua PIBG SK Asyakirin Sesi 2013/2015, seterusnya oleh En. Senusi bin Haji Shahrani, Guru Besar SK Asyakirin. 


Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP dan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar mengikut agenda mesyuarat.  Mesyuarat telah menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin kali ke 6 tahun 2013 tanpa sebarang pindaan.  Seterusnya, laporan aktiviti PIBG tahun 2014 telah dibentang oleh Cik Nurhafizah binti Uteh, Setiausaha Kehormat dan laporan diterima. En. Amirulizan bin Hamzah, Naib Bendahari Kehormat telah membentangkan penyata kewangan PIBG tahun 2014 yang telah diaudit. Penyata kewangan tersebut diterima.

Dalam ucapan ringkas, YDP mengucapkan penghargaan kepada pihak sekolah, AJK PIBG dan ibu bapa yang telah memberi sokongan kepada PIBG sepanjang perkhidmatan PIBG yang lalu. Seterusnya, YDP telah memaklumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG SK Asyakirin Sesi 2013/2015. Mesyuarat diteruskan untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Asyakirin Sesi 2015/2017. Proses pemilihan dikendalikan oleh En. Muhammad Safwan bin Sobri. Proses pemilihan berjalan lancar. 

Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SK Asyakirin Sesi 2015/2017.
1. Encik Johan Bin Ismail (Yang Di Pertua) 
2. Encik Zaidi Bin Hj Ma’soud  (Naib Yang Di Pertua)     
3. Cik Siti Haziah Binti Raduan (Setiausaha Kehormat)  
4. Cik Farizah Binti Sehim (Naib Setiausaha Kehormat)   
5. Puan Norhazlena Binti Abdurani (Bendahari Kehormat)    
6. Puan Dygku Siti Nor Asmah Binti Awg Hj Bujang  
(Naib Bendahari Kehormat)    
7. Encik Muhammad Safwan Bin Sobri (Ahli)                         
8. Encik Roslan Bin Abdul Rahman (Ahli)                          
9. Encik Sahran Bin Napi (Ahli)                         
10.Puan Dewi Laila Binti Jerani (Ahli)                        
11. Puan Siti Hajijah Binti Jahan (Ahli)         
12. Encik Mohamad Fairus Bin Basrol (Ahli)
13. Puan Annie Anak Usup (Ahli)                                    


*    Puan Rafeah Binti Lair (Juruaudit Dalaman)  
*    Encik Zulkernain Bin Zamawi (Juruaudit Dalaman)                      
*    Encik Ramlan Bin Nawi (Ketua Kumpulan Sokongan Ibu Bapa)

Printfriendly