Monday 10 November 2014

Jom Berambeh KSIB 3: Melupus buku teks dan melukis mural SPBT

KSIB SKA telah mengadakan Jom Berambeh KSIB 3 pada Sabtu 08 November 2014, 8.30-11.30 pagi bertempat di SK Asyakirin. Program kali adalah untuk membantu Bahagian Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Cikgu Zaidi untuk melupus buku-buku teks lama dan juga melukis mural dinding SPBT yang baharu. Program kali ini diselaras oleh Puan Dewi Laila dan Puan Mariammal. 

Mengecat dinding pada 7 November 2014
Mdm Kong melukis mural
Program melukis mural telah bermula pada 07 November 2014 dimana proses mengecat dinding telah berlangsung. Aktiviti ini dijalankan oleh Cikgu Zaidi, Cikgu Moris, Cikgu Rafiedhan, Puan Dewi dan Puan Mariammal. Proses melukis dan mengecat mural akan dilaksanakan oleh Madam Kong, seorang pakar seni dari Global Art & Creative Sdn Bhd Bintulu. Beliau sudi memberi khidmat amal kepada SK Asyakirin melalui usaha Puan Mariammal. PIBG SK Asyakirin mengucapkan terima kasih dan penghargaan ke atas sumbangan beliau.

  
 
Ibu bapa bersama longokkan buku teks lama
 
Cikgu Zaidi terkejut dengan kehadiran begitu ramai ibu bapa membantu beliau
Program KSIB kali ini menarik ramai ibu bapa untuk hadir membantu dalam aktiviti pelupusan buku teks lama. Seramai 25 ibu bapa berkorban masa dan keringat telah hadir bersama-sama membantu guru untuk sama-sama melaksanakan kerja tersebut. Terdapat ibu bapa yang membawa keluarga sekali dalam aktiviti tersebut menunjukkan semangat yang cukup tinggi. Aktiviti ini dijayakan melalui sumbangan ikhlas ibu bapa melalui KSIB.

YDP memberi taklimat kepada ibu bapa jemputan
YDP memberi cenderamata kepada Mdm Kong
Pada masa yang sama, taklimat KSIB juga berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Asyakirin. Taklimat kali kedua ini dikendalikan oleh YDP berjaya menarik kehadiran 15 ibu bapa prihatin. Selesai taklimat kepada ibu bapa, YDP menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Mdm Kong atas sumbangan beliau dan semua hadirin telah dijemput untuk menyertai KSIB dalam urusan pelupusan.

Keseronokan, kemesraan dan kepuasan ibu bapa adalah hadiah paling berharga dibawa pulang
Hasil Jom Berambeh KSIB 3
Hasil kerjasama yang hebat dari semua ibu bapa dan guru, SEMUA buku teks dalam bilik stor SPBT berjaya dilupuskan pada hari tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua ibu bapa yang sudi hadir menghulurkan bakti kepada sekolah. Saya sekali ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pada aktiviti seterusnya, lebih ramai lagi ibu bapa akan turut serta.

Ikhlaskan Hati Hulurkan Bakti

Printfriendly