Sunday 2 November 2014

Jom Berambeh KSIB 02 : Mendaftar Buku Cerita di Perpustakaan Ibnu Khaldun SK Asyakirin

Pada hari Sabtu 1 November 2014, PIBG SK Asyakirin telah mengadakan dua program serentak iaitu 1) Taklimat Peranan dan Pembentukan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan 2) Jom Berambeh KSIB 2 : Memdaftar Buku Cerita di Perpustakaan Ibnu Khaldun SK Asyakirin. 
Ahli KSIB menunggu kehadiran ibu bapa
Untuk Program Taklimat KSIB, dua kaedah telah digerakkkan untuk menjemput ibu bapa iaitu dengan menggunakan sistem psanan ringaks (SMS) dan secara jemputan khas melalui guru kelas. Hasil kedua kaedah ini, syukur alhamdulillah seramai lebih kurang 70 ibu bapa telah hadir ke taklimat tersebut.  Taklimat disampaikan oleh En. Johan bin Ismail, YDP PIBG SK Asyakirin 

Ibu Bapa mendengar dengan penuh perhatian
Bilik Mesyuarat SK Asyakirin dipenuhi ibu bapa
YDP memberi taklimat kepada ibu bapa
Kaum Bapa turut ramai yang hadir
Kaum Ibu yang hadir
Rakan KSIB, En. Jabli memberi pandangan
Ibu Bapa memberi pandangan
PIBG SK Asyakirin kini dalam pembangunan fasa kedua iaitu untuk memperkasa peranan KSIB iaitu meningkatkan penglibatan bermakna ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran di sekolah dan di rumah. 

Lawatan ke Perpustakaan
Ibu Bapa melihat aktiviti KSIB yang sedang berlangsung
Aktiviti KSIB yang kedua turut berlangsung secara serentak iaitu mendaftar buku cerita di Perpustakaan Ibnu Khaldun di SK Asyakirin. Aktiviti ini diselaraskan oleh Puan Norhajah Rambli bersama Cikgu Norlia Bujang, dilawati oleh ibu bapa jemputan setelah taklimat KSIB. Syukur alhamdulillah, ramai ibu bapa terus menyertai aktivti tersebut. Hasil aktiviti amal jariah ini, lebih kurang 200 buku cerita berjaya didaftarkan dakan boleh dipinjam oleh anak-anak pada minggu depan.

Cikgu Siti, Puan Azreena dan Puan Dewi asyik dalam tugasnya
Puan Maria membantu memberi penerangan
En. Yazeer bersama anaknya turut membantu
Puan Norhajah bersama suami, En Yusuf
YDP sempat mengikuti aktiviti tersebut
Cikgu Norlia menyemak hasil kerja Ibu Bapa
Cikgu Norlia memberi penerangan
Ibu Bapa mengisi pelbagai kad dan sampul
En Smawi dan En Zaidi berjenaka sambil bekerja
Longokkan buku yang telah disiapkan
Ibu Bapa bertungkus lumus siapkan kerja masing-masing
KSIB bersama Cikgu Norlia di akhir aktiviti
 Semoga lebih banyak aktiviti KSIB dilaksanakan dan lebih ramai ibu bapa tampil melibatkan diri dan membantu sekolah dengan cara mereka tersendiri kerana semua ibu bapa mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tersendiri. Syabas semua ibu bapa dan guru yang turut serta dalam kedua-dua program hari bersejarah tersebut. 

Printfriendly