Wednesday 22 October 2014

YDP Menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan PIBG bagi Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

YDP semasa bengkel
Saya berpeluang untuk menghadiri satau bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dari 15-17 Oktober 2014 bertempat di Mega Hotel, Miri. Dalam bengkel ini, sejumlah 31 daerah seluruh Sarawak telah menghantar wakil yang terdiri daripada pegawai meja PPD dan dua orang wakil PIBG. Pegawai meja PPD Bintulu diwakili oleh En. Rozalani bin Raini manakala wakil PIBG adalah En. Muhammad Asree bin Abdul Aziz (PIBG SMK Bintulu) dan saya (PIBG SK Asyakirin).

Sejumlah 4 PIBG dijemput untuk memberi ceramah iaitu:
1. PIBG Setiawangsa Kuala Lumpur
2. PIBG SK Tabuan Kuching
3. PIBG SK Ulu Lubai, Limbang
4. PIBG SM Sains Miri

Duduk dari kiri : En. Amiruddin, Pn. Roslina. Berdiri dari kiri : En. Muhammad Asree, En. Rozalani, En. Johan, En. Shah
Perkongsian paling bermakna adalah daripada PIBG SK Setiawangsa yang diwakili oleh En. Amiruddin bin Saudi (YDP), En. Shah (Ketua KSIB) dan Pn. Roslina bt. Jantan (Ahli PIBG). PIBG SK Setiawangsa merupakan pemenang Anugerah PIBG Cemerlang Keseluruhan Peringkat Kebangsaan yang membawa hadiah RM50,000.00 tahun 2013. 

Beliau berkongsia bagaimana ibu bapa dapat memainkan peranan besar dalam membantu pihak sekolah dari pelbagai aspek. Penglibatan ibu bapa di SK Setiawangsa adalah diluar imaginasi saya sendiri sehingga merasakan seperti mati hidup semula di Miri. Impak penglibatan mereka begitu besar sehinggakan saya merasakan tidak langsung dapat dibandingkan dalam kelas yang sama.

Ilmu dan pengalaman di Miri, Sarawak membawa pengertian baru pandangan saya terhadap peranan ibu bapa dan PIBG sendiri untuk membantu sekolah. Segala ilmu dan pengetahuan ini akan saya kongsikan dengan sesiapa sahaja yang ingin mengubah diri dan organisasi.  Kini En. Asree dan saya menggalas tanggungjawab berat sebagai Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi Peringkat Daerah Bintulu.

Catatan YDP

Printfriendly