Sunday 12 October 2014

YDP berkongsi ilmu dalam Program Transformasi Daerah (DTP) Siri 5, PPD Bintulu

Peserta Program Transformasi Daerah Siri 5
Pada Hari Sabtu, 11 Oktober 2014, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu (PPD) telah mengadakan program DTP Siri 5 di Dewan Auditorium BDA, Wisma Bintulu. Program ini bertemakan : Transformasi Permuafakatan PIBG, Komuniti dan Sekolah Peringkat Bahagian Bintulu. Program ini dihadiri lebih kurang 300 peserta jemputan yang terdiri daripada pengetua/guru besar, PIBG, ketua masyarakat, serta agensi kerajaan daerah Bintulu.  Program disempurnakan oleh Y. Brs. En. Zaidi Noor bin Abu Nasir yang mewakili YB Dato' Sri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu.

Peserta mendengar ceramah
Dari Kiri : Cikgu Freda, En. Johan, Cikgu Abdul Muin, Cikgu Ananthan, En. Leong
Berikut adalah susunan penceramah pada program tersebut. 

Slot 1  Ucapan aluan 
            Cikgu Abdul Muin bin Haji Abdul Kassim
            Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu             

Slot 2 Ceramah Perkongsian Pengalaman Peribadi
            Encik A.D. Leong

Slot 3 Peranan Pengurusan Sekolah bersama PIBG dan Komuniti dalam Menjayakan DTP 
            Cikgu Ananthan A/L Subramaniam
            Pengetua SMK Bintulu

Slot 4  Peranan PIBG dan Komuniti dalam Menjayakan DTP
             Encik Johan bin Ismail
             YDP SK Asyakirin Bintulu
Kata-kata aluan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu
Ceramah oleh A.D. Leong
Sesi Ceramah oleh YDP SK Asyakirin Bintulu
Penyampaian cenderhati kepada tetamu kehormat dan penceramah
Perwakilan PIBG SK Asyakirin Bintulu, Dari kiri : Cikgu Annie, Pn, Dewi, Cikgu Nirhafizah, Cikgu Dayang, Cikgu Senusi, En. Johan, En. Sahran, Cikgu Mohammad Safwan
PIBG SK Asyakirin berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh PPD Bintulu untuk mengendalikan satu slot ceramah dalam program tersebut. En. Johan bin Ismail, YDP telah memberikan satu ceramah bertajuk "Peranan PIBG dan Komuniti dalam Menjayakan Program Transformasi Daerah (DTP)". Turut hadir bersama beliau adalah En. Senusi bin Haji Shahrani (Guru Besar SK Asyakirin), Cikgu Dayang Halimah (PK1), En. Shahran (Naib Yang Di-Pertua), Cikgu Nurhafizah (Setiausaha), Cikgu Annie (Penyelaras KSIB), En. Mohammad Safwan (Ketua Biro Maklumat) dan Puan Dewi Laila (AJK PIBD). Dalam ceramah tersebut, beliau berkongsi mengenai perkembangan PIBG SK Asyakirin, cabaran serta keperluan PIBG untuk meningkatkan peranannya terutama ibu bapa dalam program dan pembangunan sekolah.  

Printfriendly