Tuesday 28 October 2014

Jom Berambeh KSIB-01 : Aktiviti Mengemas Bilik Gerakan KSIB/PIBG

Setelah KSIB dilancarkan semasa Bengkel Sarana Siri 2 2014, gerakan memperkasa KSIB PIBG SK Asyakirin sudah bermula. Aktiviti pertama telah dijalankan pada Hari Sabtu 25 Oktober 2014. Seramai 10 ahli KSIB hadir untuk program pertama ini yang meliputi perbincangan serta perancangan aktiviti KSIB seterusnya.
Hero-hero bapa telah tiba
Perbincangan KSIB

Kehadiran
En. Johan, En. Zaidi, En. Smawi, En. Yazeer, En.Safwan, En. Nazir, Cik Siti, Pn. Dewi, Pn. Norhajah dan Pn. Farizah.

Hasil perbincangan, ahli bersetuju: 
1. Mengadakan sesi taklimat khas KSIB kepada ibu bapa jemputan pada hari Sabtu 1 dan 8 November 2014. Taklimat dikendalikan oleh YDP pada pukul 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat SK Asyakirin.

2. Menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang cuti akhir tahun yang meliputi : 
a. Gotong royong pencegahan banjir
b. Gotong royong tempat parkir
c. Gotong royong bilik SPBT
d. Gotong royong perpustakaan sekolah
e. Gotong royong keselamatan kelas
f.  Gotong royong dewan sekolah.
Setiap aktiviti diselaras oleh ahli KSIB.

Pada Program Jom Berambeh 01, KSIB telah mengemas bilik gerakan KSIB/PIBG SK Asyakirin iaitu ruang guna sama dengan Unit Kaunseling SK Asyakirin. PIBG merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi memberi ruang tersebut untuk aktiviti KSIB/PIBG dan simpanan dokumen PIBG. Semoga KSIB menambahkan ahli dan bergerak aktif dalam menjalankan aktiviti membantu sekolah.

Ikhlaskan Hati Hulurkan Bakti

Printfriendly