Monday 27 October 2014

Bengkel Sarana Siri 2 2014 PIBG SK Asyakirin Bintulu

Peserta Bengkel Sarana SIri 2 2014
Bengkel Sarana Siri 2 2014 telah dijalankan dengan jayanya pada Sabtu 18 Oktober 2014 di SK Asyakirin. Bengkel ini dianjurkan oleh PIBG SK Asyakirin. Seramai 27 peserta yang terdiri daripada pentadbir, ibu  bapa dan guru mengambil bahagian dalam bengkel tersebut. Berbeza dengan Bengkel Sarana Siri 1 2013 yang memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti pengurusan, peranan dan kerjasama PIBG dengan sekolah, Bengkel Sarana Siri 2 2014 memberi penekanan kepada usaha memperkasa Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB). Usaha memperkasa KSIB 2014/2015 adalah pelan strategi fasa kedua yang dirancang oleh PIBG SK Asyakirin setelah tamat fasa pertama iaitu memperkasa peranan PIBG 2014/2014.

Perbincangan dalam Bilik Mesyuarat
Bengkel dibuka dengan ucapan aluan daripada Pn. Dayang Halimah yang mewakili Guru Besar SK Asyakirin. Dalam bengkel ini, semua peserta berpeluang untuk mendengar sendiri perkongsian mengenai PIBG SK Setiawangsa (SKS) yang disampaikan oleh En. Johan bin Ismail, YDP PIBG Sk Asyakirin. PIBG SKS merupakan pemenang PIBG Terbaik Keseluruhan 2012/2013 yang turut merangkul hadiah RM50,000.00. Perkongsian ini adalah hasil penyertaaan YDP ke Bengkel Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di Mega Hotel Miri dari 15-17 Oktober 2014. Sesungguhnya, peranan SKS membuka mata dan menganjak minda semua peserta bagamainana sebuah PIBG dapat berfungsi dengan cemerlang.

Perbincangan dalam Kumpulan
Perbincangan dalam Kumpulan
Pn. Norlia menulis untuk kumpulan kemudahan dan kokurikulum
Perbincangan dalam Kumpulan
Perbincangan dalam Kumpulan
YDP menulis untuk kumpulan Akademik
Cik. Nurfarhani menulis untuk kumpulan sahsiah
En Zaidi menulis hasil perbincangan
Coretan Hasil Perbincangan
Bengkel dipecahkan kepada empat kumpulan kecil dan membincangkan peranan KSIB 2015. Fokus perbincangan adalah mengenai akademik, sahsiah, kokurikulum, kemudahan dan permuafakatan ibu bapa. Secara umumnya, berikut adalah program yang dirancang untuk dikendalikan oleh KSIB pada tahun 2015:

1.  Program Anakku Pintar (fokus kepada anak Linus Tegar)
2.  Program Sihat (fokus kepada kebersihan dan disiplin murid)
3.  Hari Keluarga SK Asyakirin 2015 
4.  Program Tandas Ceria 
5.  Mewujudkan platform komunikasi Mobil Telegram KSIB: 1.0 PIBG SK Asyakirin
6.  Mewujudkan platform komunikasi Sosial Facebook Group: KSIB 1.0 PIBG SK Asyakirin

Senarai peserta bengkel seperti berikut:

Pentadbir
1. Pn. Dayang Halimah bt. Unus
2. Pn. Ramiah bt. Arip

Ibu Bapa
1. En. Johan bin Ismail
2. En. Sahran bin Napi
3. En. Roslan b. Abdul Rahman
4. En. Zaidi b. Hj. Masoud
5. Pn. Dewi Laila bt. Jerani
6. Pn. Mariamal Karupiah
7. Pn. Azreena bt. Raya
8. Pn. Norhajah bt. Ramli
9. Puan Bibi Subah
10. Pn. Eda bt. Sudin
11. Pn. Nora Hassan
12. Pn. Radziah Md. Noordin
13. En. Smawi bin Osman
14. En. Nasaruddin

Guru
1. Cik. Nurhafizah bt. Uteh
2. En. Muhammad Safwan b Sobri
3. Pn. Annie Usop
4. Pn. Meriam bt. Musa
5. Cik Nur Farhani bt. Mohamed Rafed
6. Cik Nurul Amalina bt. abdul Aziz
7. Pn. Norlia bt. Bujang
8. Pn. Farizah bt. Hasbi
9. Pn. Anni ak Seli
10. Pn. Rismiyati bt. Rosli
11. Pn. Hanann bt. Mohd Nasurdin

PIBG SK Asyakirin mengucapkan syabas kepada semua peserta hebat yang meluangkan masa dan tenaga untuk bersama-sama memberi sumbangan kepada pembangunan anak murid di sekolah. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan dalam Bengkel sarana Siri 3 2015.

Printfriendly