Sunday 20 July 2014

Hari Ceriathon PIBG 2014

Pada 10 Mei 2014, PIBG SK Asyakirin telah mengadakan sambutan Hari Ceriathon. Sambutan ini merupakan program penutupan simbolik kepada Program Ceriathon PIBG 2014 yang melibatkan kutipan dana awam oleh semua warga SK Asyakirin. Jumlah kutipan melalui kad kutipan setakat 10 Mei 2014 adalah RM 45,443.46. Syabas dan terima kasih atas sokongan dan usaha ibu bapa, guru, staf dan murid SK Asyakirin. Semoga dana ini dapat membantu meningkatkan kemudahan kepada murid SK Asyakirin. 

Ketibaan Tetamu Kehormat iaitu Y. Brs. En. Zaidi Noor bin Abu Nasir yang mewakili YB Dato' Sri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu, turut hadir Encik Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim, Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, disambut Encik Senusi bin Haji Shahrani, Guru Besar SK Asyakirin dan Encik Johan bin Ismail, YDP SK Asyakirin
Program dimulakan dengan Senamrobik
 
Salah satu acara yang dimulakan awal pagi adalah Pertandingan Mewarna yang dibuka kepada pelbagai kategori dan turut menerima penyertaan daripada sekolah sekitar Bintulu

Majlis Perasmian dimulakan dengan persembahan kumpulan nasyid SK Asyakirin

Ucapan aluan oleh Encik Johan Ismail, YDP

Ucapan perasmian oleh oleh En. Zaidi Noor bin Abu Nasir, Setiausaha Ahli Parlimen Bintulu
Satu lagi persembahan menarik iaitu tarian tradisional dari murid SK Asyakirin
Pertandingan Model Junior Perempuan
Pertandingan Model Junior Lelaki
Juri khas yang dijemput untuk mengadili beberapa pertandingan semasa Hari Ceriathon
Pemenang Model Junior Perempuan
Pemenang Model Junior Lelaki
Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna oleh Encik Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim, Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu
Penyampaian hadiah kepada 5 murid dengan kutipan tertinggi Ceriathon oleh En. Zaini Noor bin Abu Nasir, Setiausaha Ahli Parlimen Bintulu
Penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat oleh YDP
Setelah acara perasmian, semua hadirin memberi tumpuan kepada demonstrasi khas pengesanan dadah oleh Unit K9 PDRM
Upacara penanaman pokok bunga di Taman Ceriathon PIBG oleh Tetamu Kehormat, Tetamu Jemputan, Pengurusan Sekolah dan AJK PIBG
 Lawatan VIP ke tapak pameran
Gerai Jualan dikerumuni murid dan ibu bapa
Kempen derma darah turut diadakan bersama Koperasi SK Asyakirin
 
Pameran oleh agensi kerajaan dan swasta
Acara sukaneka antara yang menjadi tumpuan murid
Pertandingan Dart
Pertandingan Bolasepak FIFA PS4
Pertandingan Futsal berlangsung sepanjang hari
Pertandingan Karaoke Lelaki dan Perempuan diadakan di sebelah petang
Pertandingan Bayi Comel


Hari Ceriathon diakhiri dengan lebih 50 cabutan bertuah untuk hadirin di sebelah petang yang terdiri daripada hamper dan barangan elektrik. PIBG SK Asyakirin mewakili jawatankuasa penganjur Ceriathon 2014 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Asyakirin yang menjayakan program Ceriathon PIBG 2014. Untuk melihat semua koleksi gambar Ceriathon sila klik DI SINI.

Printfriendly