Thursday 3 April 2014

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin Kali Ke 6 Tahun 2014

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sk Asyakirin kali ke enam tahun 2014 telah diadakan pada 15 Mac 2014, Hari Sabtu. Pendaftaran kepada ibu bapa bermula seawal jam 7.45 pagi.  Mesyuarat bermula tepat jam 8.30 am. Mesyuarat pada kali ini turut dihadiri oleh En. Ling King Thiing, Ketua Unit Pembangunan, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan En. Johan bin Ismail, Yang Di Pertua PIBG SK Asyakirin Sesi 2013/2015, seterusnya oleh En. Senusi bin Haji Shahrani, Guru Besar SK Asyakirin dan En. Ling King Thiing. Seramai 146 ibu bapa dan guru telah hadir dalam mesyuarat kali ini.

Pendaftaran Ibu Bapa
Hadirin Mesyuarat
Dalam ucapan YDP, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kedatangan Encik Ling King Thiing, Wakil PPD yang sudi menerima jemputan PIBG untuk membantu menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh ibu bapa.  Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang menunjukkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan anak mereka di sekolah. Beliau turut memberikan penghargaan dan terima kasih kepada beberapa ahli jawatankuasa yang telah meninggalkan PIBG iaitu Puan Victoria Mujan, En. Semsolbahri bin Bokhari, Puan Suryani binti Dohan dan Puan Saptuyah binti Matali.  Sumbangan mereka semasa dengan PIBG adalah amat dihargai. Dalam pada itu juga, YDP turut mengalu-alukan ahli jawankuasa baharu iaitu En. Shahran bin Napi, En. Zaidi bin Hj Ma'soud, En. Roslan bon Abdul Rahman, Puan Annie Usup, Puan Dewi Laila binti Jerani dan Puan Mariammal A/P Karupiah. Beliau turut memberi penghargaan kepada Ahli Parlimen Bintulu, Dato Seri Tiong King Sing yang menyumbang kepada PIBG SK Asyakirin RM3,500.00, serta Agle Toastmasters Club RM 2,300.00 dan Kilang Kelapa Sawit Lavang RM 500.00.

Ucapan YDP
Ucapan Guru Besar
Ucapan En. Ling King Thiing, PPD
Teks ucapan penuh YDP boleh dimuat turun di SINI.
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP dan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar mengikut agenda mesyuarat.  Mesyuarat telah menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin kali ke lima tahun 2012 tanpa sebarang pindaan.  Seterusnya, laporan aktiviti PIBG tahun 2013 telah dibentang oleh Cik Nurhafizah binti Uteh, Setiausaha Kehormat dan laporan diterima. En. Amirulizan bin Hamzah, Naib Bendahari Kehormat telah membentangkan penyata kewangan PIBG tahun 2013 yang telah diaudit. Penyata kewangan tersebut diterima.  Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Program Ceriaton PIBG oleh YDP.  Maklumat lengkap mengenai Program Ceriathon PIBG boleh didapati di SINI.

Pembentangan Penyata Kewangan PIBG oleh Naib Bendahari Kehormat
Perbahasan dan Perbincangan Usul/Cadangan
Mesyuarat diteruskan dengan Pembentangan Usul dan Hal-Hal lain. Berikut adalah keputusan beberapa Usul penting yang menyentuh mengenai perkara kewangan dan keputusan mesyuarat.

Mesyuarat bersetuju dan meluluskan cadangan berikut:
  1. Kadar sumbangan PIBG tahunan dikekalkan pada kadar RM 20.00 sekeluarga pada tahun 2015.  
  2. Kutipan sumbangan tahunan PIBG akan dijalankan oleh Guru Kelas pada Hari Pendaftaran Sekolah bagi Sesi Tahun 2015.
  3. Kutipan khas murid Tahun 6 bagi Karnival UPSR dinaikkan daripada RM 60.00 kepada RM 100.00 dan bayaran terus kepada Guru Kelas. Bayaran boleh diberikan secara berperingkat.
  4. Meluluskan agihan dana kutipan Ceriathon seperti berikut : Projek 3K (60%), PIBG (20%) dan Simpanan Tetap PIBG (20%).
  5. Meluluskan cadangan pengendalian Akaun Simpanan Tetap PIBG (rujuk lampiran).   
  6. Bersetuju dan menyokong permohonan Jalan Alternatif ke SK Asyakirin.
  7. Bersetuju dan menyokong permohonan Pembukaan Pintu Kedua di SK Asyakirin.

Mesyuarat tidak bersetuju dan tidak meluluskan cadangan berikut:
  1. PIBG menampung bayaran pemasangan talian streamyx tambahan dan bayaran bulanan akaun tersebut di SK Asyakirin.
Sila klik SINI untuk meneliti semua Usul/Pertanyaan dan Respon yang telah diberikan. 

Ibu Bapa memberi pandangan
Ibu Bapa memberi pandangan
Ibu Bapa memberi pandangan
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan YDP PIBG, beliau sekali lagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran En. Ling, semua ibu bapa dan guru ke mesyuarat tersebut. Beliau turut memohon agar ibu bapa senantiasa meningkatkan sokongan dan kerjasama kepada PIBG dan pihak sekolah demi kepentingan anak dan murid. Pada tahun ini, PIBG akan fokus untuk meningkatkan dana PIBG melalui Kutipan Awam Ceriathon PIBG, melaksanakan projek dan program di bawah Ceriathon dan menggerakkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB). Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.40 pagi.

Printfriendly